Thursday, August 27, 2015

Hikayat Pemimpin yang Menerima Rasuah

Saya ingin meminta maaf dengan kemahiran Bahasa Malaysia saya yang mungkin tidak cukup fasir lagi. Tetapi ini adalah satu anggaran yang penting. Anggaran ini memerlukan fikiran logik dan kemahiran penaakulan. Harap artikel ini dapat membuka minda semua golongan rakyat Malaysia.

Hikayat Pemimpin Berasuah 


Cuba kita bayangkan. Seorang rakyat, namanya Ahmad, yang berkerja. Dia perlu bayar cukai RM100. Dia bayar cukai kepada kerajaan yang mengambil rasuah. Pemimpin kerajaan ini seterusnya menyelewengkan sebahagian wang yang dikutip daripada rakyat itu ke dalam akaun persendiriannya. Dia turut menggunakan wang cukai rakyat dalam sektor keselamatan, pendidikan dan lain-lain. Dia membeli jet tiada enjin, kapal selam tak boleh menyelam. Dia juga memnabur dalam projek pembangunan yang berjanji kosong, dan menerima pelabur luar negara yang ingin membina kilang berbahaya.

Walaupun dia telah memalukan diri-sendirinya di hadapan pemimpin-pemimpin yang lain. Dia tidak berasa dirinya telah melakukan kesalahan. 

Pada suatu hari, Ahmad dan keluarganya diserang tentera Sultan Sulu. Dia menjerit dan meminta pertolongan.

Dengan itu, demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, tentera dan polis telah bergerak membantu Ahmad sekeluarga. Tetapi, jet tentera negara tidak dapat terbang kerana enjinnya sudah hilang, kapal selam pun tidak dapat digunakan kerana ia tidak boleh selam. Tentera dan polis yang bergaji rendah dan kurang dilatih turut digunakan untuk mempertahankan negara.

Akhirnya, tentera, polis, dan Ahmad sekeluarga telah dibunuh. 

Disebaliknya, pemimpin yang telah makan rasuah hidup dengan mewah. Bini dia gembira dan kakitangan dia sangup buat apa saja untuk kekayaan persendirian. 

Dengan cerita ini, kita cuba fikirkan sendiri. Apakah yang kita ingin mempertahankan? Kepada siapakah yang kita ingin melindungi? Adakah kita gembira dalam situasi ini? Adakah kita sangup berdiam diri sahaja? 

Harap cerita ini dapat mengalakan anda berfikir demi masa depan kita dan anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment